NBA: Lakers akan nilai semula kecederaan LeBron James dalam tiga minggu ini

Muzaffar Musa
March 3, 2023 04:58 MYT
Kecederaan kaki yang dialami LeBron James akan dinilai semula dalam tiga minggu ini, demikian disahkan Los Angeles Lakers.
Pemain berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan berkenaan dalam suku ketiga ketika mereka menewaskan Dallas Mavericks hujung minggu lalu, sekali gus tidak dapat beraksi ketika Lakers tewas kepada Memphis Grizzlies dan sewaktu meraih kemenangan ke atas Oklahoma City Thunder.
Terdapat laporan mendedahkan bahawa James tidak perlu menjalani pembedahan dan walaupun Lakers tidak memberikan sebarang makluman mengenai perkara itu, mereka mengesahkan bahawa James mengalami kecederaan tendon kaki.
Satu kenyataan yang dikeluarkan pasukan itu berkata: "LeBron James telah menjalani pemantauan oleh pasukan fizikal dan perubatan Lakers dan telah disahkan bahawa dia mengalami kecederaan tendon kaki kanan.
"James dijangka akan kembali dinilai dalam tempoh tiga minggu ini."

LeBron James has been evaluated by Lakers team physicians and medical staff, and it has been determined that he has sustained a right foot tendon injury. James will be reevaluated in approximately three weeks.

— Los Angeles Lakers (@Lakers) March 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#NBA #Bola Keranjang