NBA: Jokic kini berstatus 'legenda' selepas ketuai Nuggets julang kejuaraan pertama

Muzaffar Musa
June 14, 2023 03:57 MYT
Nikola Jokic kini berstatus 'pemain legenda' selepas memacu kejayaan Denver Nuggets memenangi gelaran pertama NBA Finals semalam.
Jokic mempamerkan aksi luar biasanya ketika membantu kebangkitan Denver daripada ketinggalan 10 mata dalam suku kedua untuk memenangi perlawanan di laman sendiri itu semalam.
Pemain Serbia itu menamatkan perlawanan dengan 28 mata, 12 daripada 16 percubaannya selain mendaftarkan 16 rebound untuk Nuggets menewaskan Miami Heat 94-89 dalam Game 5 untuk bergelar juara dengan rekod 4-1.
Pemain legenda Detroit Pistons, Isiah Thomas, yang dua kali dinamakan sebagai MVP NBA, berkata Jokic sewajarnya diiktiraf sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah liga berkenaan.
"Saya meletakkannya dalam kategori legenda atas apa yang telah dilakukan secara statistik dalam final," kata Thomas kepada ESPN.
"Saya tidak tahu jika ada orang lain yang mempunyai statistik seperti yang dilakukannya selaku pemain tengah dalam NBA Finals."

Nikola Jokić in 20 games for the @nuggets this postseason: 600 points 269 rebounds 190 assists Never before in NBA history had any player reached all of those numbers over any 20-game span (including regular season and postseason). pic.twitter.com/dL5gcQBlI6

— OptaSTATS (@OptaSTATS) June 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Denver Nuggets #NBA #Bola Keranjang #Nikola Jokic