NBA: Joel Embiid jalani pembedahan jari
Muzaffar Musa
June 1, 2022 11:14 MYT
June 1, 2022 11:14 MYT
Bintang Philadelphia 76ers, Joel Embiid, telah menjalani pembedahan bagi memulihkan dua kecederaan di jarinya tetapi dijangka akan bersedia untuk menjalani kem latihan pasukan itu.
Embiid mengalami kecederaan di ibu jari kanannya sewaktu menentang Toronto Raptors dalam Game 3 pusingan pertama Playoff NBA.
Pemain berusia 28 tahun itu melawan kesakitan dalam Game 4 dan masih mampu mendaftarkan 21 mata, enam rebound dan tiga bantuan ketika tewas 102-110 di Toronto.
Dia berjaya melalui dua perlawanan selepas itu untuk 76ers menyingkirkan Raptors -- Embiid merekodkan purata 26.5 mata, 10.5 rebound, 2.5 bantuan dan 1.5 hadangan bagi setiap satu perlawanan.
Bagaimanapun, keretakan orbital kanan dan gegaran kepala yang dialaminya ketika Game 6 menentang Toronto menyaksikan dia terlepas dua perlawanan pertama menentang Miami Heat dalam separuh akhir Sidang Timur.
Embiid kembali beraksi dengan memakai pelindung muda ketika Philadelphia tewas kepada Heat dalam siri itu tetapi pemain tengah berkenaan menamatkan musim selaku penjaring terbanyak dengan purata 30.6 mata, 11.7 rebound dan 4.2 bantuan.
Embiid turut mengalami kecederaan di jari telunjuk kirinya dan dia kini memilih untuk menjalani pembedahan bagi memulihkan kedua-dua kecederaan berkenaan menjelang musim depan.
Joel “?????” Embiid. ? pic.twitter.com/eUQ9g0Aezd
— Philadelphia 76ers (@sixers) May 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.