NBA: James Harden lega peroleh kemenangan pertama

Ammar Hakim
October 25, 2022 12:04 MYT
Bintang Philadelphia 76ers, James Harden, berkata beban di bahu setiap pemain akhirnya bebas selepas memperoleh kemenangan pertama apabila mengatasi Indiana Pacers 120-106.
Selepas merekodkan permulaan 0-3 berikutan kekalahan kepada Boston Celtics, Milwaukee Bucks dan San Antonio Spurs, 76ers bermula dengan cemerlang menerusi separuh masa pertama yang cukup bertenaga.
Dipimpin oleh bekas MVP, Harden, yang memperoleh 11 mata, tujuh rebound dan tujuh assist dalam dua suku pertama, 76ers berjaya mendahului 64-46.
Joel Embiid meraih aksi cemerlang, selepas merekodkan 26 mata, lima rebound dan tiga halangan, sementara Harden melengkapkan perlawanan dengan 29 mata, sembilan rebound dan 11 assist.

29 PTS | 11 AST | 9 REB Alexa, play Jimmy Cooks ?‍? ? presented by @PALottery pic.twitter.com/5X7o8Pd3BY

— Philadelphia 76ers (@sixers) October 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bercakap kepada media selepas perlawanan, Harden berkata ia adalah permulaan yang baik, tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan jika mereka mahu menjadi pesaing sebenar musim ini.
"Kemenangan ini berasa sangat baik. Ia seperti kami mengharungi rekod 0-82.
"Apa yang kami harapkan adalah 4-0 tetapi kami ketika ini 1-3. Kami akan terus berusaha, berlatih dan cuba mendapatkan keputusan yang baik."
#Boston Celtics #Indiana Pacers #James Harden #Philadelphia 76ers #NBA
;