NBA: Gobert sekali lagi positif COVID-19

Muzaffar Musa
January 7, 2022 13:47 MYT
Pemain tengah Utah Jazz, Rudy Gobert, sekali lagi diuji positif COVID-19 selepas mengalami perkara sama pada Mac tahun lalu sehingga saingan NBA terpaksa dihentikan selama empat bulan.
Gobert kini menyertai protokol kesihatan dan keselamatan NBA dan akan terlepas perlawanan menentang Toronto Raptors esok.
Terdahulu, pemenang Anugerah Pertahanan Terbaik NBA tiga kali itu turut terlepas aksi Jazz menewaskan Denver Nuggets semalam disebabkan masalah kesihatan yang tidak didedahkan.
Jazz berkata Gobert mendapat dua keputusan negatif dalam dua ujian pantas yang dilakukan pada hari perlawanan itu tetapi keputusan PCR yang dilakukan hari ini menunjukkan dia positif virus berkenaan.
Utah, yang kini dengan rekod 28-10, dapat mengelakkan daripada ada pemain mereka yang menyertai protokol kesihatan musim ini sebelum Joe Inglis terpaksa diasingkan awal minggu ini dan Gobert pula menjadi pemain Jazz kedua didapati positif virus itu.

Injury report: OUT - Joe Ingles (Health & Safety Protocols) OUT - Rudy Gobert (Health & Safety Protocols) OUT - Mike Conley (Right Knee Injury Recovery) OUT - Bojan Bogdanovic (Left Middle Finger Sprain) OUT - Donovan Mitchell (Left Low Back Strain)

— Utah Jazz (@utahjazz) January 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Toronto Raptors #NBA #Utah Jazz #Rudy Gobert #Bola Keranjang
;