The Brooklyn Nets memperoleh kemenangan ketiga daripada empat perlawanan hasil aksi cemerlang dipamerkan Kevin Durant dan Seth Curry apabila mengatasi Los Angeles Clippers 110-95 sebentar tadi.

Durant mendahului carta penjaring dengan 27 mata termasuk enam rebound, tiga assist, manakala Curry menyempurnakan empat balingan tiga mata selepas menamatkan perlawanan dengan 22 mata.

Curry menjaringkan 14 mata dengan dua assist dalam suku keempat ketika Nets mleanjutkan kelebihan empat mata.

The Nets, yang mengesahkan mereka melantik Jacque Vaughn sebagai jurulatih tetap, cemerlang ketika bertahan, mengelak pasukan lawan daripada meraih 100 mata buat kali kelima berturut-turut.

Clippers tanpa khidmat Kawhi Leonard ekoran kecederaan lutut, meletakkan sandaran kepada Paul George yang meraih 17 mata sementara Ivica Zubac menamatkan perlawanan dengan 16 mata.