NBA denda James Harden gara-gara komen burukkan Philadelphia 76ers
Muzaffar Musa
August 23, 2023 13:18 MYT
August 23, 2023 13:18 MYT
Tindakan James Harden terus memburuk-burukkan Philadelphia 76ers kini mengundang padah.
NBA awal pagi tadi mengenakan denda $100,000 (RM343,102.75) atas komen buruk yang dilakukan pemain itu ke atas 76ers.
Biarpun Harden secara terbuka menggelarkan Presiden 76ers, Daryl Moyer, sebagai "pembohong", liga itu mengenakan denda ke atas MVP NBA 2017-18 itu atas kesalahan secara terbuka mengatakan dia tidak akan melaksanakan khidmat di dalam kontraknya selagi dia tidak dilepaskan.
NBA turut mengesahkan bahawa Harden mengkritik Morey kerana dia yakin pasukan berkenaan tidak akan membenarkannya untuk meninggalkan mereka.
Sebagai rekod, jumlah itu merupakan denda maksimum yang boleh dikenakan NBA ke atas mana-mana pemain.
The following has been released by the NBA. pic.twitter.com/j3VZLxgXA5
— NBA Communications (@NBAPR) August 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.