NBA: Davis 'seperti bermula dari sifar' beraksi bersama Lakers
Ammar Hakim
April 25, 2021 02:51 MYT
April 25, 2021 02:51 MYT
Anthony Davis berasa dia 'bermula dari sifar' dengan rakan sepasukannya setelah Los Angeles Lakers mengalami kekalahan.
Davis direhatkan lebih dari dua bulan dengan masalah Achilles, akhirnya kembali minggu ini untuk turun bertemu Dallas Mavericks.
The Lakers masih tanpa LeBron James, namun Davis masih gagal menampilkan permainan terbaiknya.
Pemain itu sekadar melakukan 26.1 mata, 9.3 rebound dan 2.3 halangan musim lalu ketika Lakers bergelar juara.
Ekoran kecederaan tahun ini, dia meraih 22.5 mata setiap perlawanan, 8.4 rebound dan 1.8 halangan.
Tetapi dalam dua perlawanan -- turun dalam skuad utama -- sejak Khamis lalu, Davis hanya meraih 21 mata, tujuh rebound dan satu halangan secara keseluruhan.
The Lakers tewas dalam kedua-dua perlawanan dan kini menghuni tangga kelima dalam Western Conference.
"Ia seperti anda kembali mula beraksi dengan pasukan dan berusaha mencari keserasian," kata Davis.
Final in Dallas. pic.twitter.com/kxhl9Feos2
— Los Angeles Lakers (@Lakers) April 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mereka berusaha mencari keserasian dengan saya. Jadi, seperti kita bermula dari sifar, yang sukar sehingga akhir musim."
"Anda perlu segera mencari jalan untuk bangkit, di mana itu yang kami mahu lakukan."