NBA: Curry tersenarai bertemu Bulls.
Ammar Hakim
March 29, 2021 10:46 MYT
March 29, 2021 10:46 MYT
Bintang Golden State Warriors, Stephen Curry tersenarai untuk perlawanan bertemu Chicago Bulls esok selepas mengalami kecederaan tulang ekor sebelum ini.
Curry tidak beraksi sejak mengalami bengkak tulang ekor ketika Warriors menang ke atas Houston Rockets dalam saingan NBA 17 Mac lalu.
Bagaimanapun, MVP dua kali itu berpeluang untuk kembali apabila Warriors bertemu Bulls, selepas berlatih sepenuhnya semalam.
"Kami baru sahaja membuat beberapa ujian dan dia mula berlatih, jadi kami ingin melihat bagaimana dia bertindak balas terhadapnya," kata ketua jurulatih Warriors, Steve Kerr.
"Kemudian perbincangan dengan [Pengarah perubatan sukan dan prestasi Warriors] Rick [Celebrini] dan staf latihan. Kita akan melihat ke mana semuanya berjalan."
Frames from a weekend work day at @ChaseCenter ? pic.twitter.com/azXmJI6Eqx
— Golden State Warriors (@warriors) March 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Curry secara purata memperoleh 29.0 mata, 6.2 assist dan 5.3 rebound setiap perlawanan buat Warriors musim ini.
The Warriors (22-24) tewas empat perlawanan berturut-turut dan menghunita tangga ke-10 Western Conference, ketinggalan dua tempat untuk layak ke playoff.