Joe Mazzulla dilantik sebagai ketua jurulatih Boston Celtics secara tetap.

Mazzulla menjadi ketua jurulatih ke-19 dalam sejarah francais itu dan dia juga dilaporkan telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya walaupun butiran mengenai kesepakatan itu masih tidak didedahkan.

Pengendali berusia 34 tahun itu mengambil alih Celtics secara interim pada September lalu selepas ketua jurulatih terdahulu, Ime Udoka, digantung.

Dia kemudian membawa impak yang luar biasa buat pasukan itu sepanjang musim lalu untuk menjadi naib juara NBA Finals dan menndahului liga dengan rekod 42-17.

Pengumuman mengenai pelantikannya itu dilakukan Celtics malam tadi selepas pasukan itu meraih kemenangan 127-109 ke atas Detroit Pistons.

==========