Giannis Antetokounmpo sekali lagi mempamerkan aksi dominan untuk memberikan Milwaukee Bucks kemenangan ketiga berturut-turut manakala Boston Celtics pula menewaskan Los Angeles Clippers.

Dua hari selepas merekodkan 'triple-double' ke atas Indiana Pacers, Antetokounmpo memperoleh 'double-double' ketika menewaskan Cleveland Caveliers 123-105 dalam saingan NBA hari ini.

Antetokounmpo menamatkan perlawanan itu dengan 33 mata, 12 rebound dan empat bantuan buat Bucks (14-8).

Jrue Holiday pula menyudahkan lapan daripada sembilan percubaan padangnya untuk menghasilkan 17 mata buat Caveliers manakala Collin Sexton (19 mata) muncul penjaring terbanyak pasukan itu.

Dalam pada itu, Jayson Tatum membantu Celtics meraih kemenangan 119-115 ke atas Clippers.

Dia menamatkan perlawanan itu dengan 34 mata dan dibantu dengan 24 mata lagi daripada Kemba Walker.

Bintang Clippers, Kawhi Leonard, pula menyumbangkan 28 mata buat pasukannya.


Keputusan penuh:
New Orleans Pelicans 114-113 Indiana Pacers
Orlando Magic 123-119 Chicago Bulls
Toronto Raptors 123-117 Brooklyn Nets
Milwaukee Bucks 123-105 Cleveland Cavaliers
Utah Jazz 138-121 Charlotte Hornets
Miami Heat 122-95 Washington Wizards
Minnesota Timberwolves 106-103 Oklahoma City Thunder
Phoenix Suns 109-92 Detroit Pistons
Boston Celtics 119-115 Los Angeles Clippers