NBA: Anak Shaquille O'Neal sertai G League Ignite

Muzaffar Musa
July 26, 2022 01:29 MYT
Shareef O'Neal, anak kepada legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Shaquille O'Neal, sah menyertai pasukan NBA, G League Ignite.
Selepas beraksi bersama Los Angeles Lakers sewaktu Liga Musim Panas, The Athletic melaporkan bahawa O'Neal telah menandatangani kontrak bernilai enam angka bersama pasukan itu.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang tidak terpilih dalam Draft NBA 2022, mengesahkan laporan itu dengan satu ciapan Twitter: "Vegas, ayuh lakukannya! Terima kasih Ignite!"
O'Neal merekodkan purata 4.7 mata, 3.7 rebound dan 10.9 minit bagi setiap satu perlawanan sepanjang enam penampilan dalam Liga Musim Panas.
Pasukan Ignite ditubuhkan pada 2020 bagi membantu prospek elit NBA untuk memperkembangkan pemainan mereka tanpa perlu melalui kolej.

VEGAS LETS DO IT !! Thank you ignite ! https://t.co/u3rgxt9e7B

— Shareef O’Neal (@SSJreef) July 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Los Angeles Lakers #Shaquille O'Neal #NBA #Bola Keranjang