Selepas cemerlang melakar lima rekod baru Sukan Malaysia (Sukma) 2024 bulan lalu, Muhammad Dhuha Zulfikry terus mengungguli sukan renang dalam hari pertama temasya Majlis Sukan Sekolah Malaysia, sebentar tadi.

Kehebatan Dhuha Zulfikry tidak dapat disangkap apabila berjaya memenangi pingat emas acara 50m kuak kupu-kupu selain turut memecahkan rekod kejohanan dalam aksi 200m gaya bebas dengan catatan 1m 51.77s yang sebelum ini dipegang oleh Welson Sim pada 2014.

Pemenang enam pingat emas Sukma itu akan menyertai lapan lagi acara individu yang sekali lagi bakal menggegar arena Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

"Selepas Sukma, saya diberi beberapa hari untuk mendapatkan rehat dan terus mempersiapkan diri menghadapi MSSM meskipun tidak bersedia sepenuhnya.

Dalam masa sama, wakil perenang dari Sabah, Loo Yie Bing, turut mencipta sejarah susulan memecahkan rekod temasya dalam acara 50m kuak kupu-kupu dengan catatan baru 28.47s yang sebelum ini disandang oleh Yap Siew Hui pada 2014.

Selain itu, Yie Bing juga menghadiahkan dua pingat lagi selain 200m gaya bebas dan 50m kuak dada.