MotoGP: Rossi terharu bantuan Bagnaia menjelang perlumbaan terakhirnya

Shaiful Shamsudin
November 14, 2021 11:19 MYT
Tunggangan hebat Valentino Rossi menerima rangsangan yang tiba tepat pada masanya daripada salah prospek masa MotoGP dalam kelayakan Grand Prix (GP) Valencia, awal pagi tadi.
Juara dunia sembilan kali itu akan bersara selepas perlumbaan ini yang akan melabuhkan tirai MotoGP pada musim 2021.
Fabio Quartararo sudah pun menjamin gelaran, tetapi juara baru yang baru dinobatkan itu akan bermula di petak kelapan, dua grid di hadapan Rossi yang berusia 42 tahun.
Rossi menerima bantuan daripada Francesco Bagnaia yang kini memburu kedudukan terbaik peribadi selepas kemenangan di Aragon, San Marino dan Portimao.

The final Qualifying session of 2021 didn't disappoint! ? Relive the action with our Quick-Fire round-up! ?#ValenciaGP ? pic.twitter.com/mU0F16OAcz

— MotoGP™? (@MotoGP) November 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagnaia menduduki tempat kedua dalam pusingan kelayakan itu, hanya 0.064 saat di belakang Jorge Martin yang merangkul petak pertama dalam musim sulungnya.
Pelumba Ducati itu tersasar sedikit di selekoh dua, tetapi masih sempat membantu Rossi untuk menjamin tempatnya ke kelayakan kedua (Q2).
“Pecco tolong saya, saya sangat gembira,” jelas Rossi.
"Kami tidak tidak merancangnya, saya di belakangnya dan dia melihat saya tetapi dia masih sudi bantu saya. Jadi terima kasih banyak kepada Pecco kerana bantu saya memperbaiki catatan pusingan.
"Ia adalah perasaan yang hebat buat saya dan pasukan sempena perlumbaan terakhir saya ini.
"Saya fikir selain daripada detik yang penuh emosi buat saya, adalah sangat penting untuk cuba untuk berlumba dengan baik pada hujung minggu ini, ia satu keputusan yang menarik dan saya akan bermula dalam kelompok 10 teratas. Jadi ia adalah hari yang baik."
#motoGP #Valentino Rossi
;