MotoGP: Quartararo sambung bakti bersama Yamaha
Ammar Hakim
April 5, 2024 07:46 MYT
April 5, 2024 07:46 MYT
Fabio Quartararo akan kekal bersama Yamaha sehingga 2026 selepas bekas juara MotoGP itu menandatangani lanjutan kontrak dua tahun, umum pengeluar jentera dari Jepun itu semalam.
Quartararo memenangi kejuaraan MotoGP bersama Yamaha pada 2021 selepas menggantikan Valentino Rossi pada tahun sama, namun pelumba berusia 24 tahun tersebut sejak itu bergelut ketika pesaing Ducati mendominasi kelas perdana dengan jentera unggul.
Pada 2022, pelumba kelahiran Perancis itu mempersiakan kelebihan 91 mata untuk muncul juara apabila dijinakkan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia.
?BREAKING NEWS ? @FabioQ20 stays in blue! ? The Frenchman will continue within @YamahaMotoGP for two more seasons! ?#MotoGP pic.twitter.com/0BJ8AXPJRQ
— MotoGP™? (@MotoGP) April 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tahun lalu pelumba Yamaha itu hanya berjaya meraih tiga podium selain menduduki tempat ke-10 kedudukan terendah dalam kempen kejuaraan.
Sebelum ini terdapat spekulasi Quartararo akan mencari destinasi baharu ketika kontraknya menuju pengakhiran pada penghujung 2024 selepas kecewa dengan prestasi jentera, namun kini telah melanjutkan khidmat bersama Yamaha.
“Saya sangat gembira untuk mengumumkan akan meneruskan pengembaraan bersama dengan warna biru.
“Musim sejuk lalu Yamaha membuktikan kepada saya bahawa mereka mempunyai pendekatan dan minda agresif baharu. Keyakinan saya tinggi: Kami akan kembali di hadapan bersama-sama,” kata Quartararo.
Sementara itu, pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis mengakui mengekalkan Quartararo adalah penting dalam projek MotoGP ketika pasukan tersebut bertekad kembali ke landasan kemenangan.
“Kami adalah orang pertama yang mengakui bahawa terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan untuk kembali ke tahap kompetitif seperti pada 2021 dan separuh pertama 2022. Tetapi dengan Fabio anda tahu dia akan sentiasa memberikan 100 peratus usaha terbaiknya..
“Kami juga telah membuat perubahan ketara kepada organisasi termasuk sistem pengurusan dalaman baharu, pengambilan kepakaran tertinggi dalam industri, perkongsian teknikal luaran baharu, peningkatan belanjawan pembangunan dan program ujian yang dipergiatkan,” katanya.-Sinar
FABIO IS STAYING WITH US! ??#MonsterYamaha | #MotoGP | #FQ20 | #FabioQuartararo | #ElDiablo | #YamahaFactoryRacing | #RevsYourHeart | @FabioQ20 pic.twitter.com/LQk8aa2GG5
— Monster Energy Yamaha MotoGP (@YamahaMotoGP) April 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.