MotoGP: Quartararo dua kali kemalangan, Bastianini kuasai GP Aragon

Shaiful Shamsudin
September 19, 2022 11:24 MYT
Penunggang Yamaha, Fabio Quartararo, mendedahkan bahawa dia terlibat dalam kemalangan skuter ketika menuju 'pitlane' sebaik berlanggar dengan Marc Marquez dalam Grand Prix (GP) Aragon, awal pagi tadi.
Pendahulu MotoGP itu terbabas selepas bergesel dengan belakang jentera pelumba Sepanyol itu -- kali terakhir beraksi pada Mei lalu -- dalam Pusingan 3.
Sekalipun beberapa bahagian dadanya melecet ketika terjatuh bersama jentera M1 itu, dia tetap berusaha meneruskan perlumbaan.
Tetapi sekali lagi malang menimpanya ketika menuju ke garaj Yamaha berikutan skuter yang diboncengnya terbabit dengan kemalangan, mujur tidak mengundang sebarang kecederaan tetapi ia telah menafikan hasratnya untuk meneruskan perlumbaan.
“Saya berasa sakit dan melecet. Malangnya kerana ini kali pertama saya beraksi bagus di Aragon dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
"Terhempas di selekoh ketiga bukanlah yang terbaik.

His winning streak may be halted, but his title hopes are very much alive ? @PeccoBagnaia feels content with today's result behind a "more competitive" @Bestia23 ? #AragonGP ? | ?️https://t.co/QJDajvD06m

— MotoGP™? (@MotoGP) September 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya menempuhi perlumbaan yang sukar ini tetapi tetap bermotivasi dalam perlumbaan seterusnya.
“Selepas kemalangan pertama, skuter marshal yang membawa saya berlanggar jadi saya mengalami kemalangan kedua. Ia berlaku agak pantas sebenarnya.
“Nasib baik saya tidak menanggalkan topi keledar saya.
"Marshal bertembung dengan skuter lain, ia dipandu agak laju, nasib baik saya tidak mengalami apa-apa kecederaan daripada kemalangan itu.
“Semua kecederaan yang dialami ketika ini adalah daripada kemalangan pertama. Saya rasa marsyal itu juga mengalami lebam.”
Dalam masa sama, Quartararo-- kini 10 mata mendahului MotoGP di depan pencabar terdekat, Francesco Bagnaia, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Enea Bastianini -- menganggap Marquez tidak bernasib baik apabila tergelincir di Pusingan 3 jadi pergeseran mereka tidak dapat dielakkan.
#motoGP #Yamaha #Fabio Quartararo
;