MotoGP: Pasukan Suzuki ucap selamat tinggal

Ammar Hakim
July 13, 2022 06:19 MYT
Suzuki mengesahkan mereka akan meninggalkan MotoGP pada penghujung musim 2022 selepas mencapai perjanjian pelepasan awal dengan Dorna.
Pengeluar jentera dari Jepun itu sebelum ini menyatakan hasrat mereka untuk menarik diri daripada sukan itu, memetik kesulitan ekonomi di sebalik keputusan mereka.
Suzuki telah dikontrak ke MotoGP sehingga 2026, setelah sebelum ini kembali ke kelas perdana pada 2015 selepas berhenti pada 2011.
Mereka kini telah diberi penamatan awal berikutan rundingan dan telah disahkan presidennya, Toshihiro Suzuki.
Syarikat itu juga akan keluar dari Kejohanan Endurance Dunia -- yang termasuk perlumbaan 24 Jam Le Mans -- pada akhir kempen semasa.
Kali terakhir Suzuki memenangi kejuaraan MotoGP pada 2020, yang pertama mereka selama 20 dekad, dengan pelumba dari Sepanyol, Joan Mir, dinobatkan sebagai juara.
#Motorsport #MotoGP World Championship #FIM MotoGP World Championship #Suzuki
;