MotoGP mungkin bakal guna komunikasi radio musim depan

King Hisyam
October 14, 2024 13:13 MYT
Bermula musim depan perlumbaan motosikal paling elit di dunia iaitu MotoGP berkemungkinan perlu melihat keperluan untuk turut sama menggunakan sistem komunikasi radio secara langsung membabitkan pelumba seperti yang biasanya berlaku dalam siri perlumbaan kereta.
Jika sebelum ini sistem komunikasi radio membabitkan pelumba dan pasukan hanya berlaku dalam perlumbaan empat roda sahaja seperti Formula 1 dan lain-lain, kini sudah tiba masanya ia MotoGP mempraktikan sistem yang sama namun dalam kapasiti yang terhad dan bersyarat.
Menurut pengulas terkenal MotoGP, Richard Jove menjelaskan bahawa idea tersebut perlu lebih dilihat untuk meningkatkan keupayaan dan penambahbaikan daripada aspek keselamatan buat pelumba ketika perlumbaan berlangsung.
Jelasnya lagi ketika ditemubual dalam satu wawancara podcast semalam, keperluan sistem kommunikasi radio dalam perlumbaan MotoGP tidak perlu sepenuhnya mengikut cara Formula 1 yang lebih menyeluruh termasuk
arahan daripada pasukan dalam mengubah strategi dan lain-lain.
"lebih mudah ia adalah bagi faktor keselamatan dan keperluan penting saat perlumbaan berlangsung seperti memberi maklumat terdapatnya bahaya tertentu dalam waktu sebenar, contohnya seperti kesan selepas kemalangan yang mungkin membabitkan terdapatnya tumpahan air atau minyak di atas litar yang merisikokan pelumba..atau ia lebih bersifat spesifik dan saya fikir ia adalah wajar.
"Tetapi jika kita menggunakanya sepertimana yang berlaku dalam dunia formula 1 iaitu untuk memberikan arahan atau apa saja komen dan permintaan yang begitu banyak, kita mungkin akan menyebabkan fokus pelumba itu terganggu dan membebankan mereka." Katanya ketika mengulas cadangan yang dilontarkan.
Justeru penggunaan sistem komunikasi radio itu boleh dipraktikan tetapi dengan cara komunikasi sehala sahaja iaitu daripada pegawai perlumbaan kepada pelumba.
Semua bentuk penggunaan itu mesti hanya atas faktor keselamatan tanpa membabitkan arahan lain.
#motoGP #Yamaha #Ducati #Racing #Honda #Bagnaia #Radio
;