MotoGP: Marquez tak pernah lupa krew Honda yang banyak berjasa
King Hisyam
September 6, 2024 14:27 MYT
September 6, 2024 14:27 MYT
Selepas 12 pusingan perlumbaan yang menyaksikan Marc Marquez berjaya mengumpul 229 mata untuk menduduki tangga ketiga dalam carta kedudukan keseluruhan pelumba, pelumba Ducati itu nampaknya masih belum mampu melupakan sebahagian orang-orang di belakang tadbir yang pernah membantunya muncul selaku juara dunia sebanyak enam kali bersama pasukan Honda.
Malah ketika menjuarai pusingan perlumbaan MotoGP Gran Premio GoPro de Aragón, Marquez dilaporkan telah menghimpukan beberapa bekas krew yang pernah membantunya muncul juara dari pasukan Honda MotoGP ketika turut sama meraikan kemenangan sulungnya minggu lalu.
Walaupun kini Marquez adalah pelumba Gresini Ducati, namun momen kejuaraan pertamanya musim ini bersama pasukan itu mahu diraikan bersama krew yang banyak berjasa kepadanya selama ini.
Selepas 11 tahun bersama Honda, Marquez membuat keputusan untuk menyertai pasukan Gresini dan menunggang GP23 dengan lebih kompetitif, setelah musim sukar bersama RC213V.
Namun, beliau tidak dapat membawa seluruh krew lamanya dari Honda ke Gresini, kecuali juruteknik tayar Javi Ortiz, walaupun mereka masih dianggap keluarga olehnya.
“Semalam, saya ke garaj Repsol Honda dan menghimpunkan seluruh pasukan serta berkata ‘anda juga sebahagian daripada kemenangan ini." Kata Marquez.
Marquez menambah bahawa mereka banyak membantunya melalui masa-masa sukar dan ingin mereka turut merasa kejayaan itu dari sudut peribadi.