MotoGP: Marc Marquez selamat bedah pergelangan tangan

Shaiful Shamsudin
March 28, 2023 09:26 MYT
Marc Marquez bakal tersisih daripada Grand Prix (GP) Argentina hujung minggu depan selepas selamat menjalani pembedahan di pergelangan tangannya.
Juara MotoGP enam kali itu mengalami patah tulang di tangan kanannya dalam GP Portugal semalam akibat apa yang dijelaskan sebagai masalah cengkaman breknya.
Repsol Honda kemudian mengesahkan Marquez telah dibedah di Hospital Internacional Ruber di Madrid dan akan menghabiskan tempoh pemulihan yang singkat.
Berikutan tidak mengikuti pusingan seterusnya di Argentina, pelumba Sepanyol itu secara tidak langsung akan terlepas penalti dua pusingan yang dikenakan ke atasnya oleh penganjur, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

BREAKING: @marcmarquez93 to miss the #ArgentinaGP ?? following hand surgery#MotoGP | ?https://t.co/3SD5yUlRyQ

— MotoGP™? (@MotoGP) March 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Marquez didapati bersalah menunggang secara melulu di Portimao hingga merempuh Miguel Oliveira di selekoh 3 pada awal perlumbaan yang mengakibatkan kedua-dua pelumba itu terbabas.
Pelumba berusia 30 tahun itu juga memaksa Jorge Martin tersasar dalam kejadian itu yang mengakibatkan rakan senegaranya tersebut tercicir beberapa posisi.
#motoGP #Marc Marquez
;