MotoGP: Joan Mir sertai Marc Marquez di Repsol Honda

Muzaffar Musa
August 31, 2022 02:16 MYT
Joan Mir menandatangani kontrak dua tahun bagi menyertai rakan senegaranya, Marc Marquez, di pasukan Honda Repsol.
Pelumba Suzuki Ecstar itu akan menyertai Marquez di Honda bagi saingan MotoGP musim 2023 dan 2024.
Pelumba berusia 24 tahun itu bersetuju dengan kesepakatan berkenaan selepas Suzuki mengesahkan bahawa tahun ini merupakan musim terakhir mereka bersaing dalam kelas perdana.
Mir, yang juga juara dunia MotoGP 2020, mengikut jejak bekas rakan sepasukannya, Alex Rins, berhijrah daripada Suzuki kepada Honda.
Pelumba Sepanyol itu kini sedang mengalami kecederaan buku lali dan tidak akan terlibat dengan Grand Prix San Marino hujung minggu ini.

Welcome @JoanMirOfficial ???@HRC_MotoGP https://t.co/j2eJMlMDbi pic.twitter.com/qFDfMi26lE

— Marc Márquez (@marcmarquez93) August 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Marc Marquez #Sukan Permotoran #Repsol Honda #Joan Mir #Kejuaraan Dunia MotoGP