MotoGP: Dovizioso akui GP Teruel jadi penentu kejuaraan
Muzaffar Musa
October 23, 2020 11:47 MYT
October 23, 2020 11:47 MYT
Andrea Dovizioso mengakui Grand Prix Teruel yang akan datang bakal menjadi perlumbaan terpenting buat impian kejuaraannya dalam MotoGP.
Walaupun dia bangkit daripada sesi kelayakan buruk untuk menduduki tempat ketujuh dalam GP Aragon minggu lalu, pelumba Itali itu sepatutnya lebih memanfaatkan tunggangan lemah pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo, yang tergelincir daripada kedudukan pertama hingga ke-18.
Alex Rins muncul juara perlumbaan itu di depan Maverick Vinales manakala rakan sepasukannya di Suzuki Ecstar, Joan Mir, merampas tangga teratas kedudukan keseluruhan pelumba selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Mir kini mendahulu dengan enam mata di depan Quartararo manakala Vinales di tangga ketiga dengan 109 mata dan Dovizioso pula keempat dengan 106 mata berbaki empat perlumbaan musim ini.
Dovizioso berharap Ducati dapat bangkit daripada kekecewaan minggu lalu untuk mempamerkan aksi yang lebih baik dalam pusingan kelayakan buat menempatkannya di posisi yang baik bagi menghambat pendahulu.
"Ia (perlumbaan yang) amat penting, itu sudah pasti.
"Lebih penting kerana hanya empat perlumbaan berbaki dan jurang mata tidak terlalu besar tetapi kami perlu mendapatkan mata seandainya mahu memenangi kejuaraan.
"Kami sedar bertapa sukarnya perlumbaan hujung minggu ini kerana semua pelumba pasti akan menjadi lebih pantas, jadi untuk berada dalam kedudukan 10 teratas dalam FP (latihan bebas) pasti sukar tetapi pada akhirnya, saya fikir kami mampu menjadi lebih pantas berbanding minggu lalu dan cuaca juga kelihatan akan menjadi lebih baik.
"Kami akan fokus dan mencuba untuk memulakan perlumbaan di dua barisan pertama, ia akan memberikan perbezaan yang besar kerana semua pelumba akan bergelut dengan tayar," katanya.
"We have to keep dreaming" ?️ - @AndreaDovizioso It'll be a long road, but Dovi is hoping to launch his Championship fight back in more favourable conditions this weekend! ?#AlcanizGP ? pic.twitter.com/bF3yYUuvKa
— MotoGP™? (@MotoGP) October 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.