MotoGP: Benarkah Suzuki akan kembali lagi?

King Hisyam
December 2, 2024 13:41 MYT
Selepas berakhirnya musim MotoGP 2022 kita tidak lagi dapat melihat kelibat pasukan Suzuki dalam saingan tersohor dan perlumbaan motosikal paling elit di dunia itu sehingga sekarang.
Memang kalau diikutkan agak sayang juga memandangkan Suzuki merupakan pengeluar dan pasukan yang mempunyai rekod pencapaian yang sanggat membanggakan dalam sejarah penganjuran MotoGP.
Namun beberapa hari ini agak tersebar berita tentang pasukan ini yang kita dengar kononya mereka bakal melakukan 'comeback' dalam dunia MotoGP sedikit masa lagi.
Presiden syarikat pengeluar terkemuka Jepun itu, Toshihiro Suzuki dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya ketika ini sedang melakukan pertimbangan yang serius untuk memastikan jenama itu akan kembali di atas litar dalam saingan MotoGP.
Walaupun meletakkan beberapa syarat dan kriteria yang perlu dilepasi, berita itu sudah cukup memberikan khabar gembira buat semua peminat mereka ketika ini.
Dalam sebuah temubual bersama Corriere dello Sport beberapa hari lalu, Toshihiro meletakkan sasaran yang cukup jelas andainya Suzuki kembali berentap dalam saingan MotoGP.
"Kami memang berhasrat untuk kembali ke litar (MotoGP) dan andainya kami kembali ia hanyalah dengan satu tujuan saja untuk dicapai iaitu jaminan kemenangan. Bagaimanapun buat masa ini kami harus menyelesaikan saingan pasaran semasa kami dahulu." Jelasnya dalam temubual tersebut.
Tambahnya lagi keutamaan ketika ini adalah dengan menyempurnakan segala keperluan pelanggan setia mereka dalam setiap model keluaran yang ada di pasaran.
"Tiada ertinya kami turut serta dalam dunia MotoGP sedangkan jajaran penjualan produk kami di pasaran tidak mampu bersaing." Jelasnya lagi.
Kali terakhir Suzuki pernah mengecapi kejuaraan dunia dalam saingan MotoGP adalah pada tahun 2020 menerusi pelumbanya Joan Mir.
Pada musim tersebut pasukan Suzuki cukup digeruni malah sehingga ke beberapa tahun selepas daripada itu sebelum akhirnya didominasi oleh pasukan lain termasuk Ducati dan Honda.
Joan Mir juga gagal mempertahankan aksi hebat sepertimana ketika beliau bersama dengan Suzuki dan sekadar menamatkan saingan musim 2024 di tangga ke-21 bersama pasukan Honda.
Bagaimanapun hasrat Suzuki itu sehingga kini belum dimuktamadkan oleh presidenya bilakah waktu sebenar untuk mereka kembali lagi bersaing dalam MotoGP.
"Kemenangan di MotoGP bagi kami adalah sesuatu yang sangat penting dan ia kini seadakan menyaksikan potensi tersebut kini kembali lagi." Jelas Toshihiro.
#motoGP #Suzuki
;