MotoGP: Bagnaia harap Motegi kali ini lebih berkompromi

King Hisyam
October 3, 2024 16:35 MYT
Selepas hanya menamatkan saingan di tempat ke-3 pada perlumbaan di Litar Mandalika beberapa hari lalu, penunggang Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia mahu mengubah prestasi itu kepada yang lebih baik
menjelang perlumbaan seterusnya yang bakal berlangsung di Jepun hujung minggu ini.
Malah menurut Bagnaia, dia mahu lebih agresif di litar Motegi terutamanya di peringkat awal perlumbaan untuk memastikan laluan yang lebih selesa dan terjamin dalam perlumbaan tersebut.
Dengan mengumpul 345 mata dalam carta kedudukan keseluruhan pelumba di tempat kedua, Bagnaia sememangnya mempunyai alasan yang kukuh untuk memenangi pusingan perlumbaan di GP Jepun itu nanti memandangkan dia kini hanya dipisahkan hanya 21 mata berbanding Jorge Martin selaku pendahulu keseluruhan.
Walaupun kedua-duanya kini merekodkan 11 kemenangan podium, namun Bagnaia sebenarnya masih mendahului dari sudut jumlah kemenangan pusingan perlumbaan iaitu sebelas kejuaraan berbanding Martin
yang hanya mencatat tiga kemenangan kejuaraan pada musim ini.
Bagnaia turut mengakui bahawa dia perlu lebih banyak memperbaiki prestasi sedia ada ketika ini terutamanya dalam menghadapi kemungkinan terpaksa berlumba dalam keadaan cuaca yang tidak menentu
termasuk hujan.
Jelasnya ia adalah antara faktor yang menyebabkanya sedikit ketinggalan ketika ini.
Sudah pastinya Bagnaia tidak mahu insiden musim 2023 di litar Motegi yang menyaksikan dia terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas ketinggalan di belakang Martin gara-gara hujan.
Cuaca di Litar Motegi katanya amat sukar dijangka dan pelumba perlu bersedia untuk mengharungi perlumbaan dalam pelbagai keadaan samada litar kering ataupun basah.
Namun litar tersebut jelasnya masih lagi menjadi antara litar yang paling digemarinya setakat ini berbanding litar lain dan berharap pusingan perlumbaan di litar itu kali ini akan lebih memihak kepadanya.
#motoGP #Ducati #Bagnaia
;