Messi tidak puas hati pengadil 'takut' buat keputusan
Ammar Hakim
November 16, 2024 10:30 MYT
November 16, 2024 10:30 MYT
Apa yang menjadi permulaan yang cukup ideal buat Lionel Messi dan Argentina dalam aksi kelayakan Piala Duia 2026 bertukar kepada perlawanan yang perlu dilupakan.
Pelawat dan pendahului kelayakan CONMEBOL, diketuai oleh Messi, mendahului di Paraguay selepas 11 minit menerusi Lautaro Martinez.
Bagaimanapun, sentuhan magis Antonio Sanabria menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama, dan Omar Alderete menjaringkan gol kemenangan di awal separuh masa kedua.
Pertahanan tuan rumah berusaha keras untuk mengelak daripada Argentina kembali menyamakan kedudukan, mempamerkan aksi agresif setiap kali Argentina mengawal bola.
Messi antara yang kerap kali diasak keras pemain Paraguay, dan berasakan kad merah harus dilayangkan.
Show some context Messi was receiving fouls like this throughout the whole game and ref didn’t even bother yellow carding them players https://t.co/Qj967KDhs7
— Pain.? (@GBarca_) November 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, hukuman itu tidak hadir, dan Messi melepaskan kekecewaaannya kepada pengadil perlawanan Anderson Daronco.
"Anda seorang yang penakut, saya tidak suka kepada anda," itu yang dilaporkan oleh The Mirror untuk ditranskripsi dan diterjemahkan daripada kata-kata kasar itu.
Keputusan itu bukanlah yang pertama tergelincir dalam usaha Argentina untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada 2022, tetapi mereka kekal di kedudukan teratas.
Sementara itu, Paraguay baru-baru ini naik ke kedudukan enam teratas carta paling penting dan kemenangan ke atas juara dunia itu mencipta jurang empat mata ke atas Venezuela dan Bolivia untuk sedikit ruang bernafas.