Messi lakar hatrik ke-10 bersama Argentina

Hafizur Saleh
October 16, 2024 14:34 MYT
Tidak disangkal lagi, kehadiran Lionel Messi dalam pasukan Argentina jelas berikan impak positif kepada pasukan dengan terbaru, membantu La Albiceleste berkenduri gol ke atas Bolivia dalam Kelayakan Piala Dunia Zon CONMEBOL yang berlangsung awal pagi tadi dengan keputusan 6-0.
Messi dalam perlawanan itu melakarkan hatrik selepas menjaringkan gol pada minit ke-19, 84 dan 86 dengan gol dijaringkan oleh Lautaro Martinez serta Julian Alvarez juga berpunca daripada hantaran Messi serta satu lagi gol oleh Thiago Almada.
Kemenangan itu meletakkan Argentina kini di persada liga untuk layak ke Piala Dunia 2026 secara automatik.
Menariknya tentang Messi, hatrik dilakar itu merupakan kali ke-10 nya dan kali kedua dengan Bolivia, yang pernah dilakukannya pada 2022 juga dalam Kelayakan Piala Dunia.
Tiga gol dilakukannya itu juga menyaksikan Messi telah mengumpul sejumlah 112 gol bersama Argentina dan 846 sepanjang karier, yang hampir pasti mustahil digugat oleh mana-mana pemain negaranya dalam masa terdekat ini.
“It’s really nice to come playing here in Argentina, to feel the affection of the people..it moves me how they shout my name."
#bola sepak #Lionel Messi #Argentina #kelayakan Piala Dunia
;