Memenangi UCL adalah impian Man City -- Kevin De Bruyne

Shaiful Shamsudin
June 10, 2023 06:23 MYT
Pep Guardiola dan Kevin De Bruyne mengakui memenangi Liga Juara-Juara (UCL) adalah impian dan ketaksuban Manchester City.
City berpeluang mendominasi pertandingan itu buat kali pertama dan melengkapkan kejayaan 'treble' apabila berdepan Inter Milan dalam perlawanan akhir di Istanbul, awal pagi esok.
Pasukan kendalian Guardiola itu telah mendominasi kancah domestik sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi berulang kali gagal memburu trofi utama Eropah yang paling menjadi idaman kelab berkenaan.

This ????. This ????. This ????. ?#ManCity | #UCLfinal pic.twitter.com/lGEEbtiUiI

— Manchester City (@ManCity) June 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perancang City, De Bruyne, yang tampil dalam sidang media pra-perlawanan di Stadium Olimpik Ataturk malam tadi dengan berkata: “Mungkin kedua-duanya. Ia bergantung kepada siapa anda bertanya.
"Setiap pemain profesional mahu memenangi UCL dan berada di puncak.
"Jika anda mampu memenangi UCL, anda telah mencapai salah satu peristiwa terbesar."
#Manchester City #Kevin De Bruyne #UCL