Mbappe pertimbang kontrak jangka panjang di PSG
Muzaffar Musa
January 23, 2021 10:18 MYT
January 23, 2021 10:18 MYT
Kylian Mbappe berkata dia sedang mempertimbangkan kontrak jangka panjang dengan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG).
Pemain berusia 22 tahun itu menamatkan kemarau jaringan empat perlawanan apabila menghasilkan dua gol dan satu bantuan untuk skuad kendalian Mauricio Pochettino itu menewaskan Montpellier 4-0 awal pagi tadi.
Masa depan bintang Perancis itu seperti terumbang-ambing disebabkan ketidaktentuan prestasinya selain kesepakatannya bersama pasukan itu akan tamat pada penghujung musim depan.
Pengarah Kesukanan PSG, Leonardo, mengesahkan kepada France Football minggu ini bahawa dia yakin Mbappe dan rakan sepasukannya, Neymar, akan bersetuju dengan kesepakatan baru mereka di Parc des Princes.
Mbappe, yang turut dikaitkan untuk berpindah ke beberapa kelab seperti Real Madrid dan Liverpool, berkata bahawa dia akan sentiasa komited dengan kesepakatan baru itu seandainya memilih untuk meluangkan masa depan panjangnya di ibu negara Perancis berkenaan.
"Kami sedang berbincang dengan kelab ini," katanya kepada Telefoot.
"Saya juga sedang membayangkannya. Jika saya menandatanganinya, saya akan melaburkan diri saya untuk masa yang panjang di sini.
"Saya berasa amat baik di sini. Saya akan membuat keputusan tidak lama lagi. Jika saya melanjutkannya, ia kerana saya mahu kekal lama di sini," katanya.
13 - Kylian Mbappé received 13 assists from Angel Di Maria in Ligue 1, more than from any other player in the top-flight. Complicity. #PSGMHSC pic.twitter.com/LCV9KQ58y6
— OptaJean (@OptaJean) January 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mbappe menyinar ketika PSG menewaskan Montpellier, yang beraksi dengan 10 pemain, awal pagi tadi.
Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut PSG dalam kesemua kejohanan dan juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut tanpa dibolosi dalam saingan liga.