Masters Shanghai: Sebastian Korda layak ke separuh akhir ATP 1000 buat kali pertama
Muzaffar Musa
October 13, 2023 11:39 MYT
October 13, 2023 11:39 MYT
Sebastian Korda memenangi pertarungan antara dua pemain muda Amerika Syarikat (AS) untuk layak ke separuh akhir Masters ATP 1000 buat kali pertama di Shanghai malam tadi.
Korda bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Ben Shelton 6-7, 6-2, 7-6 dalam aksi selama dua jam dan 55 minit suku akhir Masters Shanghai.
Ia merupakan kali pertama dua pemain AS bertemu dalam suku akhir Masters 1000 sejak enam tahun lalu dan ia ternyata satu perlawanan yang menghiburkan penonton, di mana Shelton akhirnya memenangi set pertama dengan memanfaatkan peluang kelimanya dalam tie break.
Korda, yang berusia 23 tahun dan muda dua tahun berbanding Shelton, mempamerkan kebangkitan menggunaan kekuatan fizikalnya biarpun ketinggalan satu mata break dalam set penentuan.
Dia kemudian bangkit untuk menyamakan kedudukan dan menyelamatkan lima mata akhir daripada kedudukan 1-6 sebelum mengesahkan kemaraan.
Korda seterusnya akan bertemu pemain pilihan ke-16, Hubert Hurkacz, bagi penentuan ke final.