Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir

Zaki Zainal
November 15, 2024 10:01 MYT
Pemain profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai cipta magis tersendiri apabila berjaya membenam cabaran pasangan dari Jepun iaitu Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam saingan suku akhir sebentar tadi.
Dalam perlawanan set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Soon Huat-Shevon kemudian mendahului 20-16 sekaligus peroleh mata akhir yang membolehkan mereka ambil set pertama 21-16.
Soon Huat-Shevon kembali garang di set kedua dengan sekali lagi memimpin perlawanan 5-0 sebelum pasangan Jepun kutip mata demi mata namun pasangan Malaysia tetap gah untuk dominasi perlawanan dengan keputusan akhir 21-13 dalam tempoh 35 minit sahaja.
Untuk rekod ini adalah pertemuan kali kelima buat kedua-dua pasangan ini dan menariknya dalam lima kali pertemuan, ini adalah kemenangan mutlak pertama meihak pasangan negara.
#badminton #Goh Soon Huat #Shevon Lai #Masters Jepun
;