Gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menjadi wakil negara yang pertama daripada lima yang bakal turun ke gelanggang untuk memburu slot ke separuh akhir Masters China di Shenzhen.Tang Jie-Ee Wei yang bertemu wakil tuan rumah, Xin Wa-Fang Hui dalam aksi suku akhir, melakar kemenangan penuh dramatik sebelum lolos ke separuh akhir.
Seakan diambang penyingkiran, Tang Jie-Ee Wei menemui jalan untuk bangkit memenangi perlawanan 14-21, 23-21, 21-16.
Mereka sekali lagi berdepan wakil tuan rumah, Huang Dong Ping-Feng Yan Zhe yang juga merupakan pilihan pertama kejohanan.
Atas kertas, berdasarkan lima pertemuan terdahulu, wakil China itu meraih tiga kemenangan berbanding dua yang diperoleh Tang Jie-Ee Wei.
Diikuti perlawanan seterusnya, Hong Pang Ron-Cheng Su Ying bertemu wakil Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.
Masters China: Siaran Langsung (Live Streaming) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei vs Guo Xin Wa-Chen Fang Hui
Tarikh: 22 November 2024 (Jumaat)
Masa: 10 pagi
*tertakluk kepada perubahan semasaSaluran:
Astro Badminton CH815, Astro GO, sooka Venue: Shenzhen Gymnasium Court 1
Final Masters China: Pang Ron-Su Yin hampir beri pasangan nombor dua dunia mimpi ngeri
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mempamerkan aksi menakjubkan walaupun terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam aksi rubber set, 23-21, 23-25,16-21, dalam final Kejohanan Badminton Masters China, di Shenzen, China, sebentar tadi.
Badminton Remaja Allianz Grand Final: Beraksi ketika demam tak halang Lim Zheng Jie mara ke suku akhir
Pendahulu perseorangan lelaki kategori B-15, Lim Zheng Jie, meneruskan cabaran dengan keputusan cemerlang selepas menundukkan lawan dari Kuala Lumpur, Teh Cheng Yao, dengan aksi rubber set, 21-14, 16-21, 21-16, dalam Kejohanan Badminton Remaja Allianz Grand Final 2024, hari ini.