Masalah utama belenggu skuad hoki negara sudah dikenalpasti

Ammar Hakim
October 3, 2024 18:47 MYT
Skuad hoki negara di bawah kepimpinan Sarjit Singh tampak goyah -- malah masih jauh daripada tahap hoki antarabangsa.
Ianya berdasarkan prestasi The Speedy Tigers pada kejohanan yang lalu, bermula dengan Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara sehinggalah Trofi Juara-Juara Asia bulan lalu.
Masalah utama dikenalpasti sebagai ketumpulan pukulan sudut penalti.
Atas faktor itu, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melantik Sohail Abbas untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Namun, bekas pemain negara berstatus Olimpian, Nor Saiful Zaini menawarkan dua naratif yang mampu menjawab persoalan sama ada The Speedy Tigers akan kembali garang atau sebaliknya?
Bukan niat untuk menidakkan kemampuan Sohail, namun masalah ketiadaan 'flicker' berkelas dunia selain Faizal Saari jadi kerisauan -- di samping perubahan undang-undang reka bentuk kayu hoki moden ketika ini.
Mengikut kronologi, bekas kapten negara, S. Kuhan dan legenda Australia, Christopher Ciriello pernah dibawa untuk melatih flicker negara namun peratusan gol daripada gerakan pukulan sudut penalti masih di tahap merisaukan.
#Hoki #Malaysia
;