"Masa untuk tamatkan badi kekalahan di tangan Rayo" - Balde

Raja Zaid
November 25, 2023 04:36 MYT
Pemain pertahanan Barcelona, Alejandro Balde, percaya bahawa badi sumpahan Rayo Vallercano akan ditamatkan menjelang pertemuan dua kelab itu malam nanti.
Rekod membabitkan pertemuan Rayo Vallercano dengan juara bertahan La Liga itu sebelum ini menunjukkan Barca belum lagi mampu menundukkan mereka dalam empat perlawanan terdahulu.
Walaupun terpaksa berkunjung ke Estadio de Vallecas, Balde meletakkan kepercayaan yang tinggi untuk menamatkan badi tersebut.
"Ini adalah perlawanan penting bagi Barcelona kerana kita masih belum mampu menewaskan Rayo dalam tempoh dua tahun. Saya rasa hanya kemenangan malam ini mampu menamatkan segala badi kekalahan tersebut.
Malah tiga daripada empat kekalahan yang dicatatkan oleh Barca sebelum ini berlaku selepas Xavi Hernandes menggantikan Ronald Koeman dalam pasukan tersebut.

?️ Balde talks #RayoBarça pic.twitter.com/ZY8wl2pUdt

— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi Balde, rentak kemenangan dan momentum yang sedia ada tidak harus direncatkan dengan kekalahan berterusan di tangan Rayo dalam memastikan psikologi para pemain terus fokus untuk mengekalkan rekod cemerlang dalam setiap liga yang perlu diharungi.
Ketika ini Barcelona berada di kedudukan ketiga dalam carta La Liga selepas Girona dan musuh tradisi mereka Real Madrid dengan mengumpul 30 mata.
#Barcelona #La Liga