Marc Marquez takluk Litar Phillip Island
King Hisyam
October 21, 2024 13:44 MYT
October 21, 2024 13:44 MYT
Marc Marquez membuktikan dia masih lagi mempunyai bisa untuk menamatkan kempen perlumbaan musim ini di kelompok teratas selepas berjaya menakluki Litar Phillip Island pada perlumbaan yang berlangsung pada Ahad.
Juara Dunia enam kali yang mewakili paskukan Gresini itu bagaimanapun agak tercicir di awal perlumbaan sebelum melakukan henjutan bertenaga untuk mengejar kembali kelompk pendahulu yang diketuai Jorge Martin.
Berbaki empat pusingan terakhir Marquez menggunakan segala pengalamanya untuk memintas kedudukan di tempat pertama sekaligus mengekalkan kedudukan itu hingga ke garisan penamat.
Bagaimanapun kemenangan di GP Australia ini masih belum cukup untuk mencabar carta kedudukan keseluruhan pelumba ketika ini yang menyaksikan ia masih lagi dikuasai oleh Martin yang kini mengumpul 424 mata di hadapan Bagnaia yang ketinggalan 20 mata keseluruhan.
Sementara Marquez pula ketika ini berada dikedudukan ketiga dengan mengumpul 345 mata dengan berbaki tiga pusingan perlumbaan yang perlu ditamatkan.
Kesemua pelumba selepas ini akan turun beraksi Litar Antarabangsa Chang, Thailand sebelum ke Litar Antarabangsa Sepang dan akan berakhir di pusingan perlumbaan di Litar Valencia 17 November ini.