Malaysia terus mengatur langkah ke arah Sukan Komanwel

Saufi Tahir
March 14, 2024 10:01 MYT
Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, telah bersetuju untuk memanggil Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bagi menerima taklimat lanjut berkenaan kewajaran penganjuran Sukan Komanwel 2026, dua tahun lagi.
Taklimat itu dipengerusikan oleh Dato' Sri Saifuddin Bin Abdullah dan beberapa anggota kabinet lain bagi mempertimbangkan tawaran sekali seumur hidup untuk menjadi tuan rumah sebelum dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Wajarkah Msia jadi penganjur Sukan Komanwel 2026? Tadi, JKPK Parlimen ttg Bina Negara, Pendidikan & Sumber Manusia setuju minta taklimat KBS. pic.twitter.com/yZVF8hRcu0

— Saifuddin Abdullah ?? (@saifuddinabd) March 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan bahawa kementeriannya sedang menyediakan satu kertas kabinet meliputi hasil kajian yang terdiri dari pelbagai aspek penganjuran untuk diserahkan kepada jemaah menteri.
Langkah ini merupakan satu lagi proses untuk memastikan Malaysia berada di landasan yang tepat untuk melaksanakan temasya sukan yang hanya berlangsung empat tahun sekali itu.
#Sukan Komanwel