Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Ammar Hakim
November 17, 2024 08:31 MYT
November 17, 2024 08:31 MYT
Malaysia memintas Indonesia dalam ranking FIFA selepas menewaskan Laos, manakala Indonesia tewas kepada Jepun.
Berdasarkan rekod kedudukan yang terbaru pada 16 November 2024, Malaysia menaiki lima anak tangga (128) selepas memperoleh +2.97 daripada kemenangan ke atas Laos, manakala Indonesia, kekal di tangga ke-129, meraih -2.93 berikutan kekalahan kepada Jepun.
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya. Malaysia bakal berkunjung ke Hyderabad untuk bertemu India, manakala Indonesia akan menerusi perlawanan keenam berdepan Arab Saudi dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.