Majlis Sukan Wilayah Persekutuan komited lahirkan bakat baru bermula daripada Sukma
Shaiful Shamsudin
October 24, 2024 21:12 MYT
October 24, 2024 21:12 MYT
Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Datuk Mohd Nasir Ali, bangga usaha mereka untuk melahirkan atlet berwibawa menampakkan hasil yang menyaksikan mereka muncul naib juara Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Ogos lalu.
Kontinjen Wilayah Persekutuan muncul naib juara selepas dibezakan dengan tuan rumah yang muncul sebagai juara dengan perbezaan.
"Kami telah tingkatkan kedudukan berbanding tempat ketiga dalam edisi lalu di samping melebihi sasaran 70 emas.
"Jumlah pingat kami 212 berbanding johan, 201 selain memecah 12 rekod Sukma dan melahirkan bakat-bakat baru.
"Paling manis, kami memenangi ibu segala pingat iaitu bola sepak,. Bukan senang jadi ia satu kepuasan apabila diingat semula segala kekangan.
"(Cabarannya) umpama Wilayah Persekutuan tiada kolam renang yang spesifik tapi kami telah menang 19 emas," katanya sebagai tetamu Nadi Arena sebentar tadi.
Dalam program insentif semalam, Muhammad Dhuha Zulfikry, yang meraih enam pingat emas, dua perak dan satu gangsa membawa pulang M41,000, manakala perenang wanita, Chong Xin Lin, menerima RM28,500 menerusi empat emas dan tiga gangsa,.
"Saya berpuas hati dan pencapaian ini memberangsangkan. Saya dapat menimba pengajaran atas kejayaan ini," kata Xin Lin yang turut memecah tiga rekod.
Nasir tidak menolak bahawa ganjaran adalah penyuntik semangat untuk meningkatkan prestasi.
"Saya percaya setiap atlet walaupun tiada insentif, mereka tetap bersemangat melakukannya.
"Bajet MSWP adalah terhad tapi berdasarkan prestasi menggalakkan pada tahun ini, kami telah menambah RM1,000 lagi (daripada jumlah RM5,000) sementara penambahan RM500 untuk perak dan gangsa RM300," katanya.