Luis Suarez akhiri karier secara rasmi tanpa kemenangan
King Hisyam
September 7, 2024 11:03 MYT
September 7, 2024 11:03 MYT
Selepas mengharungi tempoh 17 tahun dengan pelbagai rencah dalam dunia bola sepak, Luis Suarez akhirnya menokhtahkan kariernya itu di peringkat antrabangsa dengan hanya mampu membantu negaranya Uruguay untuk sekadar seri 0-0 dengan Paraguay dalam aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026.
Ia nyata bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh pemain yang kini mencecah usia 37 tahun itu dalam aksi terakhirnya tetapi itulah hakikat yang perlu diterima.
Hasrat untuk bersara sepenuhnya dari dunia bola sepak diumumkan oleh bekas bintang Barcelona dan Liverpool itu Isnin lalu .
Sepanjang tempoh 17 tahun bersama skuad kebangsaan Uruguay, Suarez telah meledakan 69 gol dengan melakukan penampilan sebanyak 143 kali.
Suarez turut mencetuskan beberapa insiden kontroversi yang menggemparkan sepanjang tempoh kariernya termasuklah beberapa kali terbabit dengan tindakan menggigit pemain lawan.
Antara yang pernah menjadi mangsa gigitan beliau termasuklah Giorgio Chiellini ketika berlangsungnya Piala Dunia 2014.