LTdL 2024: Peralihan logistik dari Senai ke Miri cabaran utama MSN

Saufi Tahir
September 14, 2024 18:27 MYT
Menjelang Petronas Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL), peralihan logistik dari Senai, Johor ke Miri dianggap sebagai perkara baru yang paling mencabar melibatkan pihak sekretariat Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga keseluruhan 130 peserta kali ini.
Enam jam sebaik tamat perlumbaan di peringkat ke-6 menerusi laluan Batu Pahat ke Kulai, peralihan logistik di peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu juga melalui proses panjang dan sukar.
Sebanyak tiga kapal terbang komersial dan satu kapal kargo di sewa khas bagi memudahkan pergerakan keseluruhan bahagian terlibat termasuk media sebelum peringkat ke-7 diteruskan menerusi kayuhan sejauh 199.3 kilometer pada keesokan harinya.
"Perlu sampai di Miri pada malam itu juga kerana pada keesokannya perlumbaan di Miri-Bintulu akan bermula. Jadi ini adalah situasi kritikal yang mana setiap inci pergerakan perlu diperincikan agar tidak ada perkara yang terlepas dan itulah cabaran.
"Kita perlu membuat tahap perhubungan dan koordinasi dari aspek masa, individu, barangan. Penerbangan pertama pada pukul 2:30 petang, bermakna perlumbaan akan tamat sekitar jam 12 malam.
"Proses untuk membawa kumpulan pertama untuk ke Miri terlebih dahulu agak kritikal, setengah jam seterusnya penerbangan kedua dan seterusnya. Penerbangan terakhir kemungkinan pada 8:30 malam," katanya kepada Nadi Arena.
Malaysia menghantar tiga pasukan iaitu Terengganu Polygon Cycling Team, Malaysia Pro Cycling dan pasukan berbasikal skuad kebangsaan.
Penetapan 22 pasukan dengan jumlah 130 pelumba adalah muktamad dan tiada sebarang pertambahan berlaku.
"Kita sudah muktamad, akan ada enam pelumbaan di semenanjung dan semasa perlumbaan ini akan ada 1400 petugas. Tetapi di Miri-Bintulu akan ada hampir 1000 petugas di Sarawak." katanya.
#Berbasikal #MSN #LTdL #Petronas Le Tour de Langkawi 2024
;