Locatelli: Di Maria hadirkan mentaliti 'sang juara' kepada Juve

Ammar Hakim
March 10, 2023 01:05 MYT
Manuel Locatelli memuji pemain 'fenomena', Angel Di Maria, dengan menyatakan rakan sepasukannya di Juventus 'dalam kategori lain' selepas kemenangan tipis mereka ke atas Freiburg.
Di Maria menjaringkan gol tunggal ketika Bianconeri mencatatkan darah pertama dalam perlawanan pembukaan pusingan 16 Liga Europa, menanduk masuk bola hantaran lintang Filip Kostic pada minit ke-53.
Berikutan hatriknya menentang Nantes pada pusingan sebelumnya, pemenang Piala Dunia itu kini terlibat secara langsung dalam 10 gol pada 2023 (menjaringkan tujuh, tiga dibantu).
Pemain berusia 35 tahun itu mendedahkan dia sedang berbincang dengan Juve untuk melanjutkan kontrak 12 bulannya, yang akan tamat pada penghujung musim, dan Locatelli memuji pengaruh rakan sepasukannya itu.
"Angel adalah fenomena, dia dalam kategori lain, saya rasa dia benar-benar sang juara," kata pemain tengah itu. "Bagi kami, adalah satu penghormatan untuk memilikinya bersama kami dalam latihan dan dalam permainan. Kami harus bersyukur kerana dia ada di sini.
"Kami hanya mendahului 1-0, hari ini hanya separuh masa pertama, kami mesti bermain perlawanan matang di sana [di Freiburg minggu depan]. 1-0 mungkin sudah memadai, tetapi kami perlu pergi ke sana dan bermain dengan baik. "

10 - Ángel Di María (7 goals, 3 assists) is one of three midfielders in the top-5 European Leagues to reach double figure of goals involvement in all competitions in 2023, alongside van den Boomen (10) and Bruno Fernandes (12). Delight.#JuventusFriburgo #UEL pic.twitter.com/hg4tyg9vzY

— OptaPaolo (@OptaPaolo) March 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Juventus #Massimiliano Allegri #Freiburg #Angel Di Maria #UEL #Manuel Locatelli