Lionel Messi salahkan padang 'hodoh' punca Argentina seri

Saufi Tahir
October 12, 2024 09:11 MYT
Bintang Argentina, Lionel Messi, berasa jengkel dengan keadaan padang di Estadio Monumental De Maturin selepas hanya melakar keputusan seri 1-1 berdepan Venezuela, dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, kelmarin.
Hujan lebat di Maturin menjadi punca perlawanan ditangguhkan hampir setengah jam dengan selepas perlawanan dimulakan bola kerap tersangkut dan kurang lantunan susulan permukaan padang yang masih dipenuhi air bertakung.
Messi meluahkan kekecewaannya dengan menjelaskan: "Ia sangat sukar dan membuat perlawanan menjadi teruk.

We're bringing a point back from Maturín! ? ?? Venezuela 1 ? 1 Argentina ??#ArgentinaNT pic.twitter.com/ptCWA0bK7y

— Selección Argentina in English (@AFASeleccionEN) October 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami tidak dapat menyempurnakan dua hantaran berturut-turut," katanya.
Dalam pada itu, rakan sepasukan, Rodrigo De Paul, turut bersetuju dengan kenyataan kaptennya itu dan turut memaklumkan "Dalam situasi ini, kami tidak boleh bermain bola sepak," ujarnya.
Kedua-dua pasukann terpaksa menukar strategi dan corak perlawanan untuk menanggani masalah itu dengan Messi percaya Argentina tetap telah memberikan aksi terbaik emreka walaupun sedikit merugikan.

Against all odds ✊ pic.twitter.com/5rJEu0j8rC

— Selección Argentina in English (@AFASeleccionEN) October 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami melakar keputusan seri kerana padang tidak membantu untuk kami melakukan apa yang telah dirancangkan. Dalam separuh masa pertama kami membuat beberapa hantaran dari belakang dan air akan menjadi penghalang dan merumitkan. Kami hanya beraksi dengan corak yang kami mampu dengan keadaan lopak air." tambah Messi lagi.
#Argentina #Bola #sepak #Lionel Messi',
;