Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier, optimis mengenai perancangan kelab itu bagi menghadapi musim depan tetapi mengakui ada sebahagian tetapan yang perlu diperbaiki secara signifikan.

PSG masih mendahului Ligue 1 dengan kelebihan tujuh mata walaupun tewas 0-2 kepada Rennes dalam perlawanan terakhir sebelum waktu rehat antarabangsa lalu.

Bercakap menjelang aksi menentang Lyon di Parc des Princes awal pagi Isnin ini, Galtier menjelaskan bahawa pasukannya sedang melakukan perancangan bagi saingan musim depan, termasuk perbincangan dengan Lionel Messi, yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini.

Pemenang Piala Dunia itu terus hangat dikaitkan untuk kembali ke pangkuan Barcelona selain menyertai kelab milik David Beckham dalam Liga Utama Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami.

"Apa yang akan berlaku musim depan, kami sedang melakukan banyak perancangan, dengan pihak pengurusan, dengan (pengarah bola sepak) Luis Compos.

"Itulah yang kami mahu lakukan tetapi terdapat juga mengenai posisi sesama sendiri, kelab ini, pemain.

"Apa yang kami perlu ubah, ia agak signifikan. Apa yang kami perlu perbaiki juga agak secara signifikan untuk menjadi lebih kompetitif.

"Mengenai masa depan Leo, terdapat posisi untuk Leo dan kelab ni, ia dibincangkan secara dua pihak.

"Saya sedang fokus terhadap 10 perlawanan yang akan datang untuk memenangi gelaran ini.

"JIka saya tahu apa yang Leo atau kelab ini akan putuskan, ia kekal sebagai perkara yang amat sulit," katanya.