Liga Super: Stanley Bernard kekal dalam percaturan KL City

Shaiful Shamsudin
October 16, 2024 19:51 MYT
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, menyatakan pihak pengurusan baru masih percaya dengan kemampuan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City, Stanley Bernard.
Justeru, status Stanley dikekalkan dengan beberapa rencana untuk masa depan yang lebih baik buat skua Warga Kota telah dibincangkan.
"Tiada isu menamatkan kontraknya atau isu lain.
"Jadi setakat ini dia masih kekal sebagai CEO dan akan terus bekerjasama dengan saya," di Nadi Arena hari ini.
Dalam masa yang sama, logo KL City bakal berubah wajah berikutan lambang harimau yang digunakan sejak 2021 itu dianggap bukan identiti sebenar kelab berkenaan.
Sekali lagi pertandingan mencipta loga bakal diadakan dengan syarat utama, The Hawk kembali menjadi identiti juara Piala Malaysia 2021 itu.
"Saya harap logo The Hawk dengan jersi haruslah seiring.
"Mungkin tiada gambar di logo, kami mungkin adakan pertandingan untuk mereka logo baru KL City," katanya pula.
#liga super #Liga-M #DemiLigaKita
;