Liga Super: Seorang lagi jurulatih bakal angkat kaki?

Najmi Iman
November 20, 2024 10:53 MYT
Menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, seorang jurulatih terkemuka pasukan Liga Super bakal mengucapkan selamat tinggal.
Terdahulu, Nidzam Jamil menjadi jurulatih yang meletakkan jawatannya selaku pengendali Selangor dan digantikan sementara oleh Abdi Hassan.
Dalam masa sama, Akmal Rizal Ahmad Rakhli ialah individu pertama yang direhatkan oleh Penang selepas prestasi yang kurang memuaskan.
Kuala Lumpur City turut kehilangan khidmat pembantu jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail, yang menyertai Penang menggantikan Akmal Rizal.

??? TERKINI !!! Jurulatih ‘terkemuka’ sebuah pasukan Liga Super bakal ucap selamat tinggal. Bola sepak Malaysia sudah pasti akan terasa kehilangannya…@ASTROARENA

— karlnunis (@_karlnunis) November 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Negeri Sembilan pula memberi kenaikan pangkat kepada Nantha Kumar Kalliappan selaku jurulatih utama susulan Azzmi Aziz diberi jawatan pengarah teknikal sebagai langkah memperkuat pasukan.
Sekiranya terus berlaku, ia semestinya merupakan satu kehilangan besar buat kelab dalam saingan Liga Malaysia yang memerlukan khidmat jurulatih berpengalaman.
Perkara itu belum dipastikan secara rasmi siapa dan dari pasukan manakah mengenai khabar angin tersebut. Stadium Astro sedang mengikuti rapat bersama Karl Nunis terhadap perkembangan ini.
#bola sepak #Liga Super Malaysia
;