Liga Super: Saya dapat tawaran lain di Jepun, tapi pilih pulang Malaysia -- Hadi Fayyadh
Aleqha Zainal
November 16, 2024 19:23 MYT
November 16, 2024 19:23 MYT
Pemain PDRM, Muhammad Hadi Fayyadh, berkongsikan kisah mengenai apa yang mendorongnya untuk kembali ke Malaysia selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di Jepun.
Antara faktor utamanya adalah kesungguhan Datuk Lim Teong Kim yang berusaha memujuknya untuk menyertai pasukan Perak sebelum ini.
"Saya sangat berterima kasih kepada Datuk Lim Teong Kim atas kesungguhan dia untuk membawa saya ke pasukan Perak. Walaupun saya tidak lama bermain di bawah bimbingannya, saya banyak belajar ilmu dan memperoleh pengalaman berharga daripadanya.
"Ketika itu, Datuk Lim masih berada di Jerman, dan beliau menghubungi saya dengan berkata, 'Hadi, saya akan pulang ke Malaysia, dan saya mahu awak bermain di bawah pasukan saya.
I am impressed with our Malaysian, Hadi Fayyadh, playing in the J-League. Bila ditanya apa sasaran beliau, Dia dengan penuh semangat menjawab, “Saya ingin jadi Striker terbaik di Asia dan salah seorang striker terbaik dunia”. Such discipline and passion shown. pic.twitter.com/jokYTB4FsQ
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pada mulanya, saya masih berfikir panjang, tetapi kesungguhan beliau yang hampir setiap hari memujuk saya untuk ikut serta benar-benar memberi kesan. Beliau mengajak untuk bantu pasukan. Akhirnya, saya fikir ini adalah keputusan terbaik untuk saya." katanya.
Hadi turut mengakui bermain di bawah Datuk Lim adalah pengalaman luar biasa, walaupun tempoh itu singkat. "Bermain di bawah dia sangat hebat.
Ramai yang tahu Hadi Fayyadh punya awek orang Jepun, tapi tak sangka pula kisah pertemuan mereka macam dalam drama swasta ?#ragudaily #bolasepak #hadifayyadh #podcast pic.twitter.com/Hyy6Yr0pCs
— KOPPA (@koppatv) November 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ketika itu saya mendapat tawaran lain di Jepun, tetapi saya memilih untuk kembali ke Malaysia. Namun, beberapa tahun akan datang, saya merancang untuk kembali beraksi di luar negara," katanya dalam satu podcast yang tular.