Liga Super: Sabah benam Perak di Manjung

Ammar Hakim
October 19, 2024 19:13 MYT
PERAK 2 SABAH 4
Sabah berjaya merampas tiga mata penuh beraksi di tempat lawan apabila mengatasi Perak dalam aksi Liga Super sebentar tadi.
Sabah bertandang ke Stadium Manjung bakal aksi bertemu Perak dalam misi memburu kemenangan.
Perak yang hadir mencari rentak di awal permainan berjaya membuka jaringan menerusi Luciano Guaycochea yang melengkapkan sepakan penalti pada minit ke-30.
Sabah bagaimanapun kekal tenang sebelum menemui langkah meledak gol penyamaan Ko Kwang-min sembilan minit kemudian menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti.
Stuart Wilkin membenarkan Sabah mendahului apabila menggandakan jaringan pelawat sebelum menuju bilik persalinan.
Clayton da Silveira da Silva memberikan permulaan separuh masa kedua yang cukup sempurna buat Perak apabila menyamakan kedudukan empat minit selepas bersambung.
Bagaimananpun, dua gol yang terhasil pada penghujung permainan buat Sabah menerusi Joao Pedro Boeira Duarte dan Miguel Angel Garrido Cifuentes menutup peluang tuan rumah meraih sebarang mata sementara kemenangan cukup berharga buat Sabah.
#liga super #sabah #Perak
;