Liga Super: Perak waspada ketajaman Alvin Fortes di Manjung

Saufi Tahir
December 17, 2024 17:17 MYT
Kapten Perak, Firdaus Saiyadi, menyeru agar rakan sepasukannya memberikan tumpuan kepada ancaman menyeluruh pasukan Selangor bersama penggempur utama mereka, Alvin Fortes, di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.
Skuad Seladang akan menerim kunjungan The Red Giants menjelang saingan minggu ke-17 Liga Super 2024/25 dalam misi untuk meneruskan rentak kemenangan.
Perak kini menduduki tangga keenam dalam carta liga berkongsi 18 mata bersama Kuching City dan PDRM selepas 15 perlawanan dengan melakar lima kemenangan, tiga kali tewas dan seri sebanyak tujuh kali.
"Pemain Selangor yang perlu diberikan perhatian adalah Alvin Fortes tetapi mereka juga beraksi dalam satu pasukan.
"Bagaimanapun, kami akan cuba untuk tidak dibolosi. Sudah pasti kami mencari kemenangan dengan pasukan sekarang dalam keadaan baik. Kemenangan akan kembali tambah moral pasukan kami.
"Kami sebagai pemain dalams setiap perlawanan walaupun Selangor hadir dengan motivasi yang terbaik" katanya.
#bola sepak #Selangor #Perak #Liga Super 2024/25 #Alvis Fortes
;