Penyokong Selangor yang hadir menyaksikan pertembungan menentang Perak terpaksa menunggu keadaan reda selepas tidak dibenarkan keluar awal oleh pihak berkuada di Stadium Manjung, semalam.

Menurut hantaran daripada salah seorang peminat Gergasi Merah di X, kawalan keselamatan dilakukan bagi menjaga pergerakan penyokong pelawat supaya tidak terjadi insiden yang tidak diingini.

Keadaan itu mengakibatkan penyokong Selangor terkandas sementara sebelum dibenarkan pulang bagi mengawasi sebarang kejadian buruk berlaku.



Dalam masa sama, polis turut mengiringi bas penyokong Selangor selepas terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menyembur tulisan ke arah kenderaan tersebut.

Perak berputih mata apabila tewas selepas menerima kunjungan Selangor dalam perlawanan minggu ke-17 Liga Super Malaysia di Stadium Manjung, malam tadi.