Liga Super: Nidzam Jamil akui hilang fokus hukum Selangor

Saufi Tahir
October 19, 2024 23:40 MYT
Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, tidak gembira dengan keputusan yang dilakar Selangor malam ini selepas terikat 1-1 dalam perlawanan minggu ke-13 Liga Super 2024/2025 berdepan PDRM di Stadium Selayang, sebentar tadi.
Jurulatih berusia 44 tahun itu beranggapan keputusan malam ini hampir serupa seperti yang berlaku pada musim lalu dimana pasukan lawan hanya memerlukan beberapa peluang untuk menoktahkan dengan jaringan sekali gus menghukum pasukan dari Lembah Klang itu untuk sekadar berpuas hati dengan satu mata.

? Antara momen-momen yang sempat dirakam pada babak kedua perlawanan #PDRMSFC sebentar tadi.#SFC #MKLK#MerahKuning #LambangKebanggaan#PDRMSFC #LS13 #LigaSuper2024-25 pic.twitter.com/ow2xLHlBsv

— Selangor FC (@selangorfc) October 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semestinya kami tidak begitu gembira dengan pengakhiran ini, kami kurang fokus dalam tiga atau empat minit sebelum perlawanan berakhir. Jika tidak ambil kesempatan, mereka akan menghukum kami dengan jaringan. Kami perlu bangkit kembali.
"Saya rasa kami perlu tahu untuk mematikan perlawanan, tidak boleh biarkan terlalu banyak peluang. Tahun lalu kita juga ada masalah yang sama, kami perlu belajar lagi."

90’ | GOAL!! TIMOTHY WITH THE EQUALISER!!#pdrmsel | ??‍♂️1-1? pic.twitter.com/vNA28XLxKT

— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) October 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Minggu depan adalah Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) kemudian berdepan Johor Darul Ta'zim merupakan cabaran yang besar buat kami. Fokus utama kini adalah pemulihan dan kecederaan pemain." katanya.
#liga super #bola sepak #Selangor #PDRM #Nidzam Jamil
;