Liga Super: Mukhairi Ajmal berpotensi ganti tempat Faisal Halim

Saufi Tahir
May 16, 2024 12:29 MYT
Mengikut pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, pengganti terbaik yang wajar diberikan peluang untuk mengisi tempat kosong yang ditinggalkan Faisal Halim berikutan masih dalam tempoh pemulihan adalah pemain tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi, yang juga berkemampuan bermain di posisi sayap.
Ini berikutan pemain itu mempunyai tahap keserasian yang baik sejak bersama Selangor walaupun mempunyai pilihan lain di bahagian sayap seperti pemain import baru, Reziq Hani Bani.
Pemain berusia 22 itu juga pernah diberi kepercayaan menyarung lilitan kapten pasukan sebelum ini dengan rekod dalam 29 perlawanan bersama Selangor musim lalu dia berjaya menjaringkan tujuh gol dan empat bantuan jaringan.

Mukhairi atau Reziq bakal jadi pilihan isi kekosongan posisi Faisal Halim#NadiArena #LigaMalaysia #AstroArena #LigaSuper pic.twitter.com/iQmSOkTovN

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Selangor perlu kembali ke realiti dan fokus pada perlawanan serta meneruskan perjuangan lebih-lebih lagi ketika berdepan Kedah Darul Aman yang menang dalam perlawanan pertama.
"Motivasi yang perlu Selangor ada ialah fokus dan cari kemenangan pertama apabila bermain di tempat sendiri.
"Sedikit kelebihan kepada Mukhairi untuk bermain di tempat Faisal Halim ekoran faktor keserasian kerana sudah lama dalam pasukan berbanding Reziq yang baru masuk.
"Tetapi kedua-dua pemain itu boleh diturunkan oleh Nidzam Jamil untuk bermain di tempat Faisal Halim nanti." katanya kepada Nadi Arena.
#liga super #bola sepak #Selangor #Faisal Halim #Mukhairi Ajmal